Tuesday 20 June 2017

Amalan Yang Perlu Dilakukan Setelah Disahkan Menghidap Tekanan Darah Tinggi.

Assalamualaikum w.b.t

Antara punca kita tergolong dalam golongan mereka yang menghidap tekanan darah tinggi adalah keturunan dan faktor pemakanan. Daripada kedua-dua punca ni, kita sangat perlu berjaga-jaga dan sentiasa menjaga kesihatan, sebab penyakit tekanan darah tinggi ni kita tak sedar pon kedatangannya. "Dia" datang tanpa memberi salam.

Sekiranya kita mempunyai keturunan penghidap darah tinggi, lagi bertambah-tambah patut berjaga-jaga sebab ada kemungkinan besar, bila kita tersilap langkah, kita juga akan termasuk dalam golongan ini.

Teringat kisah arwah mak. Mak memang ade penyakit darah tinggi. Dan alhamdulillah mak memang sentiasa buat check-up dan makan ubat ikut dos yang diberikan. Takdir Allah menentukan segalanya. Satu hari mak pengsan, terus dikejarkan ke hospital. Bila doktor scan kepala, rupanya ada pendarahan yang kecil sebesar duit 5sen. Doktor hanya bagi ubat untuk menghilangkan pendarahan tersebut. Alhamdulillah mak kembali sihat.

Selang beberapa bulan, mak kembali pengsan dan terus dikejarkan kembali ke hospital. Doktor scan semula kepala, dan doktor sangat terkejut sebab pendarahan tu dah merebak terlalu banyak. Bila diamati, rupanya banyak saluran darah yang telah pecah dan perlu dibedah segera untuk menghentikan pendarahan. Allahurabbi... Terduduk kami mendengar berita ni. Hanya Allah je yg tahu perasaan kami masa tu.  Abah mengizinkan demi kesihatan mak. Doktor mengandaikan akan terjadi salah satu dari dua situasi ini kepada mak. Sama ada mak buta dan boleh bercakap, atau mak nampak tapi tak boleh bercakap. Dan mak jugak akam stroke selepas dibedah.

Setelah beberapa jam, alhamdulillah syukur kepada Allah, mak selamat dan segala proses pembedahan berjalan dengan lancar. Setelah mak sedar, tanpa kami duga mak telah hilang ingatan. Mak tak ingat langsung anak, apatah lagi suami.

Selang seminggu, Allah mengembalikan semula ingatan mak. Walaupon mak masih ingat-ingat lupa. 3 hari selepas pembedahan, mak tiba-tiba tak sedarkan diri. Bila sedar mak dah lumpuh separuh badan dan tak boleh bercakap. Allahuakbar!! Bertimpa-timpa ujian pada mak. Setelah 5tahun mak diuji dengan kesihatan, akhirnya kami dikhabarkan mak dah kembali kepada Yang Maha Esa ketika tido.

Semoga roh mak tenang disana. Aameeeennn.

Apa yang saya dapat daripada kisah mak saya tadi, mak memang seorang yang menjaga pemakanan dan akan sentiasa pergi membuat rawatan. Tapi Allah dah merancang sesuatu yang lebih baik untuk mak. Bayangkan kalau kita tak menjaga pemakanan, tak buat rawatan susulan, agak-agak ape akan jadi pada kita? Adakah kita hanya menyerah? "Allah dah bagi aku sakit, nak buat macammana, redha je.. ". Begitu ke?? Sebaiknya kita usaha sehabis baik untuk melihat diri kita lebih sihat. Nikmat sihat itu sangat indah.

Saya nak kongsi tips atau amalan yang boleh kita lakukan sekiranya kita disahkan menghidap penyakit tekanan darah tinggi.

1. Solat hajat sentiasa mohon Allah beri kesihatan yang baik.

2. Tangani stress secara konsisten dengan menenangkan hati dan fikiran. Sentiasa dekatkan diri dengan AlQuran. Ayat-ayat AlQuran mampu menenangkan hati yang sedang bersedih dan kusut.

3. Amalkan senaman selama 30minit sehari. Tak perlu nak senam berat-berat. Senaman sekadarnya yang boleh mngeluarkan peluh.

4.. Kurangkan pengambilan garam dan kolestrol dalam setiap makanan.

5. Kurangkan berat badan jika sudah berlebihan.

6. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

7. Berhenti merokok.

8. Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan yang telah diberikan.

Last but not lease, ade satu petua yang saya nak kongsi. Moga memberi manfaat pada pesakit tekanan darah tinggi dan juga bermanfaat pada kita semua.

* Amalkan makan cincau 2hari sekali. Cincau ni bersifat sejuk. Jika tak mampu makan begitu saja, blend kan cincau tu tuk diminum. In Shaa Allah boleh turunkan tekanan darah kita.. Semua dengan izin Allah.

Jom mulakan perubahan demi sebuah kesihatan yang sangat bernilai. Sihat itu Kaya.

Baca : Risiko Yang Bakal Dihadapi Oleh Pesakit Tekanan Darah Tinggi

Monday 19 June 2017

Kucing Bantu Merawat Emosi.

Assalamualaikum w.b.t

Siapa suka kucing? Yes! Kita geng.

Selain memasak, saya pon suka binatang. Lebih-lebih lagi kucing. Kucing ni boleh buat terapi emosi bagi saya. Tapi orang yang kenal saya, mesti akan cakap "ingatkan tak suke kucing" sebab tak nampak pon ke"obses"an kucing tu. Hihi.

Sebenarnya kan kucing ni boleh bantu kita kawal emosi dengan kecomelan dan kemanjaan die. Tapi kan dengan kucing kita boleh dilimpahkan rezeki dan kesenangan.

Percaya atau tak, saya pernah demam, pernah sakit, sebabkan kucing kesayangan hilang. Kucing yang masih ada lagi sampai sekarang, musang. Namanye musang. Die lahir lebih kurang dalam tahun 2010, sekarang 2017. Dah 7tahun dah kucing tu. Lama kan?

Okay. Pernah tak dengar satu kisah pasal seorang pemuda dengan seekor ibu kucing?

Alkisah...
Pemuda ini mempunyai seorang ibu yang sedang koma dan kritikal di ICU. Doktor hanya mampu mengucapkan, teruskan berdoa sebab ibunya sudah tiada harapan.

Pada malam tu, pemuda ni nak balik sekejap. Singgah sebentar di peteol pam untuk mengisi minyak. Tiba-tiba pemuda ni ternampam seekor ibu kucing yang baru melahirkan anak. Terdetik dalam hatinya "kesiannya kucing ni, dahla baru beranak, macam mane die nak cari makanan untuk diri die" Tanpa tunggu lama, die terus masuk ke kedai di petrol pam, untuk membeli makanan kucing dan diberi pada kucing.

Keesokan harinya, pemuda ini pergi semula ke hospital untuk melawat ibunya, tetapi ibunya telah tiada di bilik kecemasan. Gelisahnya rasa hati, terus die bertanya kepada nurse disitu.
Nurse bagitahu yang ibunya telah dipindahkan ke wad biasa sebab dah beransur pulih. Punyalah die terkejut dan terus pergi melihat ibunya. Dan tanpa disangka-sangka, ibunya memang nampak sihat, dan dah boleh duduk.

Bila ditanya macammana ibunya boleh sembuh secepat itu. Ibunya berkata "malam tadi semasa ibu tidur dalam koma, ibu mimpi ade seekor ibu kucing sedang menadah tangan mendoakan kesihatan ibu. Mengalirlah airmata pemuda ini. Allahuuu... Sekecil-kecil pertolongan hanya kepada kucing, Allah membalasnya dengan kesihatan ibunya.

Begitulah cerita seorang pemuda dengan seekor ibu kucing.

Sebenarnya bila kita membantu atau hanya dengan memberi makan kepada kucing, ia akan mendoakan kebaikan kepada kita. Bukan sahaja kucing, tapi dengan semua binatang. Sebab mereka juga adalah makhluk Allah.

Walaupon kita geli dengan haiwan yang bernama kucing, janganlah sesekali kita sepak, pukul, pijak dan campak haiwan ini. Mereka juga boleh menjadi punca timbangan kita berat atau ringan di mahsyar nanti.

Hargailah kucing dan haiwan lain. ❤

Sunday 18 June 2017

Risiko Yang Bakal Dihadapi Oleh Pesakit Tekanan Darah Tinggi.

Assalamualaikum  w.b.t

Tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan kepada organ-organ penting terutamanya otak, jantung dan buah pinggang, seterusnya mengakibatkan kerosakan organ-organ tersebut. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

PENINGKATAN TEKANAN DARAH TINGGI SECARA MENDADAK AKAN MENYEBABKAN:

1. Kekeliruan
2. Khayal
3. Sawan
4. Kematian
** Jadi, bagi pesakit tekanan darah tinggi perlu dirawat dengan segera.

RISIKO YANG BAKAL DIHADAPI OLEH PESAKIT TEKANAN DARAH TINGGI.

Tekanan darah tinggi yang berterusan akan menyebabkan kepada gangguan kepada organ-organ tubuh:

1. Jantung: kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
2. Pembuluh darah: menjadi keras
3. Buah pinggang: kegagalan buah pinggang
4. Mata: pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitive cahaya dalam mata
5. Otak: strok / angin ahmar

* Semua komplikasi di atas dapat dicegah sekiranya anda mendapatkan rawatan awal.

BOLEH JUGA BANTU KURANGKAN TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN VITAMIN SHAKLEE.

Selain mengambil ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor, kita juga boleh ikhtiar dengan vitamin Shaklee. Tapi, ubat-ubatan tu jangan ditinggal yee tanpa nasihat daripada doktor.

Untuk mengawal tekanan darah agar berada pada tahap normal, disarankan beberapa rangkaian vitamin Shaklee iaitu:

1. B-Complex
( Harga RM58.75, 120 Tablet, Tahan 4bulan penggunaan )

B-Complex mampu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Tekanan datah tinggi selalu juga berpunca daripada stres dan tekanan perasaan dan memberi kesan kepada saraf.

2. Omega Guard
( Harga RM136.25, 90 Tablet, Tahan sebulan penggunaan)

Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Garlic Complex
( Harga RM56.25, 60 Tablet, Tahan sebulan penggunaan)

Garlic atau bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol yang normal. Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji tablet garlic akan menurunkan tekanan darah yang tinggi sehingga 8 poin.

Ikhtiarlah semampu yang boleh demi sebuah kesihatan diri yang sangat bernilai. Sihat itu Kaya.❤

Saturday 17 June 2017

Tips menurunkan tekanan darah tinggi dan makanan yang perlu dielakkan.


Assalamualaikum w.b.t

Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai "pembunuh senyap". Kira-kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami tekanan darah tinggi.

Sistem peredaran darah di dalam badan membekalkan nutrien penting dan oksigen ke semua sel-sel dan organ-organ dalam badan kita. Ia juga penting untuk menyingkirkan bahan buangan dan karbon dioksida. Degupan jantung mewujudkan tekanan yang menolak darah melalui arteri dan vena anda. Apabila tekanan darah anda meningkat, kerosakan yang berlaku akan mengganggu sistem ini.

Selain mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor, kita boleh kurangkan tekanan darah tinggi dengan makanan yang mudah dicari.

TIPS MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI.

1. Minum air kelapa muda.
2. Ambil minyak ikan yang berkualiti, samada jenis cecair atau pon jenis pil.
3. Jadikan bawang putih sebai salah satu bahan wajib dalam masakan. Sebaiknya mengambil bawang putih dalam bentuk tablet.
4. Amalkan minum jus timun.
5. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK PESAKIT TEKANAN DARAH TINGGI.

1. Daging lembu, kambing, kerbau dan arnab. Sup daging/ekor, kari daging, kurma daging, satay daging.
2. Durian
3. Kopi dan Nescafe
4. Ikan masin, telur masin, ikan bilis dan udang kering.
5. Manisan lebah
6. Tapai pulut / ubi dan air tapai.
7. Keladi
8. Quaker oat.

* Sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi dalam peringkat bahaya, dilarang sama sekali memakan makanan yang diatas. Kerana akan mengakibatkan mati sebelah badan, stroke, koma, nyanyuk atau hilang ingatan.

Baca : Kawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Vitamin Shaklee.

Friday 16 June 2017

Resepi Tradisi : Gulai Tempoyak Ikan Patin.

Assalamualaikum w.b.t

Siapa suka makan lauk ni dengan nasi panas? Kita geng! Dulu saya tak suka tempoyak. Tapi hantu durian. Hihi..

Bila dah kawen, mula lah episod bergulai tempoyak ikan patin. Asalnya tengok je orang makan, tapi bau nyeee fuuhhh mengancam!! Memang boleh off diet kalau jumpe lauk ni.

Rupenya family suami orang pahang. Memang ni makanan favorite semua la. Tak cukup sekor patin, berebut-rebut makan.

Okay, harini saya nak share resepi gulai tempoyak ikan patin. Mudah je..

Bahan-bahan :

• Cili padi
• Tempoyak
• Daun kesum
• Asam keping
• Ikan patin
• Garam
• Gula

Cara-cara :

1. Blend cili padi dengan tempoyak, dan masukkan dalam periuk.
2. Kemudian masukkan asam keping dan daun kesum. Gaul rata dan naik kan atas api.
3. Setelah mendidih masukkan ikan, garam dan gula.
* tambah air sikit-sikit kalau nak berkuah.
4. Siap dan sedia dihidang!! Makan dengan nasi panas.

Mudahkan? Selamat mencuba. ❤


Thursday 15 June 2017

Kawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Vitamin Shaklee.

Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ni saya nak share tentang tekanan darah tinggi.

Saya ada sejarah keluarga tentang penyakit tekanan darah tinggi. Arwah mak meninggal disebabkan darah tinggi dan stroke. Arwah abah pula disebabkan darah tinggi dan mengalami komplikasi di injap jantung. Memang ada yang kata sudah sampai ajal.. Tapi inilah hasil kajian doktor terhadap mak ayah saya.

Sejak dari tu... Saya amat concern dan sedia membantu pada sesiapa yang ada masalah tekanan darah tinggi. Jangan dipandang enteng ye.... Lagi lagi sekarang ni cuaca di Malaysia... Tidak menentu... Cuaca pon main peranan? Yes! ... Cuaca juga memainkan peranan dalam terjadinya tekanan darah tinggi!

Sebenarnya, tekanan darah tinggi boleh diikhtiar samada dengan ubat-ubatan atau tanpa ubat-ubatan. Untuk ikhtiar tanpa ubatan, tidak ada cara lain selain merubah cara hidup yang tidak sihat kepada cara yang lebih sihat..

Okay. Jom kenal..

MACAM MANA TERJADINYA TEKANAN DARAH TINGGI ?

Jantung kita bertugas sebagai alat mengepam. Dimana ia mengunjurkan dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang menbawa darah keseluruhan badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang dan individu, dan bacaannye juga berbeza.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN TEKANAN DARAH TINGGI.

• Cara hidup tidak aktif
• Umur melebihi 35 tahun
• Merokok
• Kegemukan
• Paras kolestrol tinggi
• Sejarah keluarga
• Pengambilan alkohol yang berlebihan
• Pengambilan garam yang tinggi

Kebanyakan penghidap tekanan darah tinggi tidak mengalami sebarang gejala atau simptom. Kadangkala seseorang tu hanya mengalami simptom yang tidak spesifik seperti sakit kepala dan pening kepala.

Sakit kepala boleh berlaku dalam kes tekanan darah tinggi. Selalunya ianya berlaku pada waktu pagi, rase berdenyut pada bahagian belakag kepala, bergantung kepada tahap keseriusan tekanan darah tinggi.

Kita dinasihatkan supaya membuat rawatan kesihatan sekurang-kurang setahun sekali. Ingat yeeee.. Jangan tunggu dan ambil ringan bila kita kerap sakit atau pening kepala, mungkin itu adalah tanda tekanan darah tinggi dan mungkin juga sudah terlambat.

KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI DENGAN VITAMIN SHAKLEE.

Jangan tak tahu yeee... Dalam banyak-banyak vitamin Shaklee, ade yang boleh bantu mengawal tekanan darah tinggi. Antara nya, Vivix, Omega Guard, Garlic Complex dan B-Complex.

1. VIVIX
Satu kajian baru-baru ini yang disiarkan dalam Jurnal Gerontologi: tekanan darah. Polyphenols Sains Biologi seperti resveratrol dalam Vivix boleh membantu dengan tekanan darah yang boleh membantu mencegah strok. Bagaimana? Dengan meningkatkan aktiviti enzim yang dipanggil manusia oksida nitrik endothelial synthase yang kemudiannya menghasilkan nitrik oksida-ejen yang meluaskan saluran darah dan kawalan tekanan darah .

2. OMEGA GUARD
Omega Guard membantu mengekalkan tekanan darah normal, mencegah salur darah daripada tersumbat, mengelakkan strok, dan mencegah pembekuan darah dalam badan.

3. GARLIC COMPLEX
Mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolestrol dan memelihara kesihatan selular. Garlic Complex dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini merupakan antara penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

4. B-COMPLEX
B-Complex mampu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Tekanan darah tinggi selalu juga berpunca daripada stress dan tekanan perasaan dan memberi kesan kepada saraf. B-complex juga bantu menukar makanan menjadi tenaga. So takdela berkumpul jadi gula semata.

TESTIMONI



BAGAIMANA NAK DAPATKAN VITAMIN NI ?

Untuk pertanyaan lanjut, konsultasi, nak jadi ahli atau nak tahu harga lebih jimat, hubungi/whatsapp sahaja 013.398.0632 ( tasnim) hari ini.

Wednesday 14 June 2017

Senarai Lokasi Cawangan Shaklee Di Seluruh Malaysia.


Assalamualaikum w.b.t

Seperti semua sedia maklum, Shaklee adalah sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan yang berasaskan bahan semulajadi, berkesan dan selamat.
Sekiranya anda berminat nak mencuba mana-mana produk yang ada dalam produk Shaklee, boleh lah terus menghubungi saya Tasnim Mohd Salleh (Pengedar Sah Shaklee Kawasan Ampang) di talian. 013.398.0632.

Jika ingin menjadi ahli dan menjana income tambahan, juga boleh terus hubungi saya. Ataupun terus pergi di mana-mana cawangan Shaklee yang berdekatan untuk mendaftar sebagai ahli dibawah ID : 1165635 ( Tasnim Mohd Salleh).

Yuran untuk keahlian Shaklee RM69 ditambah dengan caj pengeposan RM10. 60 (Semenanjung)  RM 21.20 (Sabah Sarawak) .

Mesti ramai tertanya-tanya, mana Lokasi Shaklee Branch atau Cawangan Shaklee Di Malaysia?


SENARAI LOKASI CAWANGAN SHAKLEE DI SELURUH MALAYSIA.

Berikut adalah tujuh ( 7 ) Lokasi Shaklee Branch atau Cawangan Shaklee seluruh Malaysia yang terkini iaitu Selangor (HQ) , Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kelantan, Perak, dan Sabah.


SELANGOR (HQ)

Level 2,
Sunway Geo Tower,
Jalan Lagoon Selatan,
Sunway South Quay,                                                      
Bandar Sunway,
47500 Subang Jaya, Selangor  (Klik Google Maps)

Tel: 603-5622 3188
Fax: 603-5622 3199

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu:
10:00 am – 07:00 pm



KUALA LUMPUR

No 32,
Jalan Seri Rejang 3,
Pusat Industri Seri Rampai,
Taman Sri Rampai,
53300 Kuala Lumpur. (Klik Google Maps)

Tel: 603-4142 1067
Fax: 603-4142 1027

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm



PULAU PINANG

No. 81, 83 & 85,
Jalan Todak 6,
Pusat Komersial Sunway Perdana,
13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang. (Klik Google Maps)

Tel: 604-383 8261
Fax: 604-383 8560

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm



JOHOR BAHRU, JOHOR

47, 49 & 51,
Jalan Molek 3/20,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru, Johor. (Klik Google Maps)

Tel: 607–350 7245
Fax: 607–350 7804

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm



KOTA BHARU, KELANTAN

319, Section 25,
Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.  (Klik Google Maps)

Tel: 609-747 8688
Fax: 609-747 7711

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm



IPOH, PERAK

32,
Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.  (Klik Google Maps)

Tel: 605-241 8260
Fax: 605-241 8263

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm



KOTA KINABALU, SABAH

Lot 4.1,
Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu. (Klik Google Maps)

Tel: 6088-393 848
Fax: 6088-393 851

Isnin hingga Jumaat:
10:00 am – 07:00 pm

Sabtu (Minggu 1 & 3):
10:00 am – 07:00 pm