Friday 9 June 2017

Sawi rebus menggamit perasaan.


Assalamualaikum w.b.t

Hai semua... Hepi sabtuday. 15 ramadhan 1438H. Sekejap je masa berlalu kan,dah setengah bulan kita berpuasa.

Hari ni kaknem nak share satu menu yang sangat-sangat simple. Menu ni penuh dengan kenangan. Kenangan bersama arwah mak dan abah kaknem.

Kenapa kaknem namakan menu sawi rebus ni dengan nama sawi rebus menggamit perasaan?

Banyak sangat memori dengan menu sawi rebus ni. Bukan setakat menjadi kegemaran kami sekeluarga. Tapi menu ni menjadi menu terakhir arwah abah makan sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Hari Jumaat, 1 rejab 1432H selepas sembahyang jumaat,abah pergi buat selamanya. Rasa sekejap sangat waktu tu. Kami makan tengahari bersama-sama bersembang,gelak ketawa. Selang beberapa jam, abah pergi menemui Sang Pencipta.

Itulah janji Allah. Kematian itu pasti. Semoga abah dan mak tenang di sana.  Aameeennn.

Okay..

Bahan-bahan yang diperlukan.
- Seikat Sawi
- Sedikit Ikan bilis
- 3 ulas bawang putih
- Air
- Garam

Cara-caranya.
1. Potong sawi,panjang nye dalam seinci.
2. Hiris/ketuk bawang putih. Basuh ikan bilis sebersihnya.
3. Akhir sekali, masukkan sawi, ikan bilis dan bawang putih ke dalam periuk, masukkan air ikut paras sayur.
4. Buka api sederhana.. Bila dah mendidih, perasakn dengan garam. Dan siap!!

Mudahkan?? Memang sangat cepat dan senang untuk disediakan. Makan dengan nasi panas, sambal belacan, ikan goreng. Fuhhhhh.... Memang menyengat kesedapannye.

Ehh.... Tau tak, menu ni sebenarnya menu berpantang juga tau. Letak lada hitam. Sedap!  Rase panas je badannya.

Tapi ade orang die tak boleh makan sawi, sebab berangin. Ade orang sawi rebus ni boleh jadi milkbooster. Yelah.. Lain orang lain badan dan lain penerimaannye kan. Alhamdulillah kaknem ok bile makan sawi rebus ni dalam pantang.

Okay, Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment