Saturday 17 June 2017

Tips menurunkan tekanan darah tinggi dan makanan yang perlu dielakkan.


Assalamualaikum w.b.t

Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai "pembunuh senyap". Kira-kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami tekanan darah tinggi.

Sistem peredaran darah di dalam badan membekalkan nutrien penting dan oksigen ke semua sel-sel dan organ-organ dalam badan kita. Ia juga penting untuk menyingkirkan bahan buangan dan karbon dioksida. Degupan jantung mewujudkan tekanan yang menolak darah melalui arteri dan vena anda. Apabila tekanan darah anda meningkat, kerosakan yang berlaku akan mengganggu sistem ini.

Selain mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor, kita boleh kurangkan tekanan darah tinggi dengan makanan yang mudah dicari.

TIPS MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI.

1. Minum air kelapa muda.
2. Ambil minyak ikan yang berkualiti, samada jenis cecair atau pon jenis pil.
3. Jadikan bawang putih sebai salah satu bahan wajib dalam masakan. Sebaiknya mengambil bawang putih dalam bentuk tablet.
4. Amalkan minum jus timun.
5. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan

MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN UNTUK PESAKIT TEKANAN DARAH TINGGI.

1. Daging lembu, kambing, kerbau dan arnab. Sup daging/ekor, kari daging, kurma daging, satay daging.
2. Durian
3. Kopi dan Nescafe
4. Ikan masin, telur masin, ikan bilis dan udang kering.
5. Manisan lebah
6. Tapai pulut / ubi dan air tapai.
7. Keladi
8. Quaker oat.

* Sekiranya anda mengalami tekanan darah tinggi dalam peringkat bahaya, dilarang sama sekali memakan makanan yang diatas. Kerana akan mengakibatkan mati sebelah badan, stroke, koma, nyanyuk atau hilang ingatan.

Baca : Kawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Vitamin Shaklee.

12 comments:

  1. Tq tips dan sharing info ni. Sesuai untuk masa masa ramadahan dan syawal yang agak Mariah dengan juadah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszza... Hari raya hari paling banyak makanan. Tak salah nak makan, tapi sekadarnya. Sihat itu pilihan kan.

      Delete
  2. Bagus tips ni. Boleh la guna utk consult customer kak nanti. 😁

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk tips ni. Baru tahu air kelapa muda boleh turunkan tekanan darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air kelapa boleh menyejukkan badan dan membantu membuang toksin. Memang elok amalkan. 😊

      Delete
  4. Good info!!

    Rupanya manisan lebah tak boleh ambil ye bila ada penyakit darah tinggi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, sebab madu kan panas. Boleh amik tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kalau tekanan darah tengan tinggi, elakkan dulu amik madu ni.

      Delete
  5. Baru tahu yang quaker oat tak boleh makan ye kalau ada darah tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tau pasal ni pon terkejut gak. Tapi masih boleh amik, cume kurangkan bila tekanan darah masih berada tahap tinggi.

      Delete
  6. Darah tinggi ni silent killer.tq for the tips ya

    ReplyDelete